Sunday, February 10, 2008

Nostalgia Aku Zaman Kanak Kanak


Hari ni aku tak tau nak buat ape...Emm..so boring...Aku bukak album lama,tengok gambar gambar lama..Teringat masa zaman kanak kanak...Dulu masa kanak-kanak hujung minggu atau cuti sekolah je, lepas mengaji pi main. samada main tembak-tembak dalam semak, lastik burung. Bila letih pi parit atau sungai mandi. kadang-kadang asyik main, lupa balik makan tengahari. Ptg main bola ataupun galah panjang, gasing atau layang-layang.Aku ni dulu terer buat wau..Belajar dengan ayah... Cuti sekolah betul-betul cuti . Seronok tak terkira. Selain itu, permainan batu seremban juga menjadi pilihan ,terutama sekali apabila cuaca panas dan tidak mendapat kebenaran bermain di luar. Tidak juga dilupakan permainan 'Nama,Negara,Objek, Buah-buahan dan Binatang'. Tidak pula kuingat nama ringkas permainan ini. Satu abjad akan dipilih dan pemain perlu menulis setiap ruangan. Setiap ruangan yang berbeza dengan pemain yang lain akan mendapat 10 markah tetapi sekiranya ada persamaan dengan pemain yang lain akan dipotong 5 markah. Sekiranya tiada perkataan yang ditulis, maka tiada sebarang markah. Permainan menggunakan atlas juga menjadi kegemaran. Bersama-sama sepupuku, salah seorang akan bergilir membaca nama tempat sementara seorang lagi mencari tempat tersebut di dalam atlas. Begitulah permainan zaman sekolah rendahku dan mungkin juga zaman anak yang lahir di awal 80-an. Tapi kini.....zaman dah berubah. Cuti dipenuhi dengan tuisyen-tuisyen-tuisyen. Kelas swimming, art, muzik, reka cipta dll. Timbul pertanyaan, apakah kanak-kanak sekarang dapat menikmati zaman budak-budak mereka? ataupun adakah mereka menjadi mangsa cita-cita tinggi ibu bapa mereka untuk melihat anak mereka menjadi super kid? ......... manisnya zaman kanak-kanakku. Kelihatan seimbas lalu, hidup zaman sekolah rendahku penuh dengan kegembiraan dan permainan. Namun hakikatnya, di sebaliknya ada juga warna-warninya. Di usia ku telah mengenali baik buruknya sesuatu, sudah tentunya ada pertentangan antara yang ideal dan realiti. Realiti yang selalu dipaparkan di kaca TV atau novel keluarga, pernah berlaku di depan mataku. Tak pernah kukesali. Semuanya mematangkanku. Menjadikanku lebih memahami ranjau liku hidup manusia yang berbagai gelagat. Tidak perlulah kupaparkan di sini untuk menjaga nama baik mereka yang terlibat. Alangkah seronoknya bila menjadi "Seorang Kanak Kanak"

No comments: