Saturday, May 31, 2008

.: CINTA DAN KAWAN :.


Pada suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…

Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…

Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!

Didalam telaga CINTA hilang…

Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia

Thursday, May 29, 2008

8 Petanda Dia Adalah Jodoh (Soulmate)

Dua manusia yang merasa saling
berjodoh pasti memiliki ikatan
emosional, spiritual dan fizikal
antara keduanya.
Hanya dengan menatap mata atau
mendengar suaranya, kita akan
merasakan getaran dan seolah ingin
terus bersamanya. Benarkah seperti
itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya
agar seseorang dapat merasakan bahawa
si dia jodoh (soulmate) kita atau
bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat
memiliki usia hubungan yang panjang
adalah dengan adanya saling kerjasama.
Kamu dan dia selalu dapat saling
membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala
aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan
meskipun tanpa harus melibatkan orang
lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat...
kerana ada harapan bahawa dia adalah
calon
pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan
sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh
kamu atau bukan adalah kemampuannya
bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba
sekarang perhatikan, apakah gerak-
gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta
tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak
spontan dan tidak dibuat-buat? Jika
tidak, (maaf) kemungkinan besar dia
bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati
kamu berdua dapat selalu saling tahu.
Dan bila kamu atau si dia dapat saling
membaca fikiran dan menduga reaksi
serta perasaannya satu sama lainnya
pada situasi tertentu. Selamat!
Sebenarnya dialah destini kebahagian
kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa
perasaan tertekan. Berjam-jam
bersamanya, setiap waktu dan setiap
hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu
berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam
situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik
dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat
kembali. Apakah dia orang pertama yang
datang memberi bantuan tatkala kamu
dirundung musibah? Dia selalu faham
saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak
salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa
lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama
kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah,
kalau begitu ini bisa berarti dia
sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki
kekurangan, dan kamu tak malu-malu
memperlihatkannya pada si dia. Bahkan
pada saat kamu tampil buruk di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu
bangun tidur atau saat kamu sakit dan
tak mandi selama dua hari. Ataupun
menceritakan sejujurnya kepada kamu
tentang kelemahan dan kekurangannya...
Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan
untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih
selamat di tangannya daripada di
tangan sahabat-sahabat kamu yang lain.
Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi
menyimpan rahsia apapun darinya, maka
berbahagialah! Kerana ini bererti
pasangan sejati telah kamu temukan!

Wednesday, May 28, 2008

Why??

Lirik Best.........

Hilang Dalam Ramai

Ku hilang dalam ramai
Di kala hujan renyai
Tangis ku tahankan berderai
(Tangis di genangan berderai)

Ku hilang dalam ramai
Tanganku hulur longlai
Hasratku simpan tak tercapai (tergapai)

Kau berpaling dan pergi
Membuatku sangsi
Bunga mawar bersusuk duri

Kau berpaling dan pergi
Mencuri nurani
Ku berpaut bayang sendiri

Uhh..hilai ketawa
Tak terdengar
jelas sempat terakam
Deru tangisan
Rintihan panjang
Entah dari manakah...datang
Uhh..bagai gelombang

Menghukum aku...tanpa kasihan

Monday, May 26, 2008

Harap Mak Sihat Sentiasa....

Semalam,
aku dapat sms dari kakak...
mak jatuh sakit dan dimasukkan ke wad...
terkejut gak bila baca sms tu....
patut la dua tiga hari ni aku rasa ada yang tak kena...
rupanya mak sakit.
em...
jika difikirkan semula,betapa sibuknya kita..
sampai terlepas pandang perkara yang sebegitu...
walaubagaimana pun,aku selalu rasa dekat dengan mak,
walaupun jauh dimatanya...


"Restu sentiasa dipohon"
harap mak sihat selalu...........

Friday, May 23, 2008

Alone......

Bosannya hidup ni...

Hari ni rasa bosan sangat...
entah la kenapa...
mungkin ada sesuatu yang aku terlepas pandang ni...
emmm.....
tak pe lah,aku cuba renung renungkan ....

Tuesday, May 20, 2008

Cute Potret With Roshell Lemon

:- d80 test with singgle lens 50mm
apperture 1.8
black and white program

Weekend Yang Menyentuh Hati




hai,dah lama tak masuk sini...
mcm biase la aku bz sangat...
banyak program dan peristiwa yang berlaku....
hari ibu yang lepas aku ingat nak balik jenguk mak...
tapi tak berkesempatan,aku hanya call dia saje...
betapa gembiranya dia bila dengar suara aku...
sebelum dia mengeluarkan perkataan yang pertama,
aku dulu meminta maaf darinya kerana tak dapat pulang untuk menjenguknya....
sedih gak rasa,tapi aku tak berkesempatan....
katanya,cukuplah sekadar aku call dia sja...
itupun dah seribu erti baginya....
terima kasih ibu....
sepanjang weekend yang lalu aku bz sangat
dengan beberapa program kemasyrakatan...
dan ada satu gambar yang aku ambil dengan secara tak sengaja
membuatkan hati aku tersentuh....
nice pic but, banyak sentimentel value