Monday, March 24, 2008

Belajar


BELAJAR menerima, kemudian menyintai orang lain adalah suatu proses sepanjang kehidupan. Apa-apa saja dalam hidup ini perlu belajar - sebab itu ilmu penting dalam hidup dan kehidupan. Mungkin ramai orang menganggap belajar dan ilmu itu sebagai sesuatu yang khusus sahaja. Namun sebenarnnya, kita boleh belajar apa saja yang ada di sekeliling kita. Proses belajar secara alami, yang bukan teori semata adalah sesuatu yang lebih baik kesannya dalam kehidupan.

Cinta kasih sayang; mungkin ramai menganggap ia sebagai sesuatu yang harus 'diserahkan' begitu saja kepada takdir menentukan. Cinta harus dipelajari, kasih harus disemai, sayang bukan boleh datang melayang-layang. Pembelajaran tentang cinta kasih sayang tak akan pernah habisnya. Kita lahir atas dasar cinta kasih sayang - cinta Maha Pencipta, hasil kasih sayang kedua ibu bapa.

Menerima orang lain seadanya salah satu cabang mengikat cinta agar sentiasa rapat dengan diri kita. Memang cinta tak boleh dipaksa-paksa, tapi kadang-kala kita harus redha dengan 'pilihan' yang ada di depan mata.

Memenuhi impian dengan si dia pujaan yang sering datang dalam khayalan dan bayangan, mungkin tak akan menjadi kenyataan. Apa yang kita inginkan tak semua akan terpenuhi - kita harus menjalani dugaan agar kita dapat belajar lebih banyak lagi.

Tak apalah, jangan bimbang... proses cinta pasti akan berlaku pada setiap kita. Cuma mungkin masanya belum tiba. Selamat bercinta dan bercintalah dengan benar, moga bahagia.

Sebelum Kita......

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

Oh...Sukan...



Hai...
Oh minggu ni bz sungguh...
banyak program yang berlaku
sampai aku tak sempat nak upgrade pondok aku ni..
kesana kemari macam kucing ilang anak...
Minggu lepas aku cover kejohanan
netball MPK...ramai team yang masuk...
dalam ramai ramai team tu ...ada la sorang amoi ni...
wah...tinggi sungguh dia...sampai aku pun terpaksa mendongak...
fuh aku pun terpegun dengan ketinggian dia ni...dari awal sampai akhir aku perhatikan dia...memang dia tinggi...mesti best jadi orang tinggi ni..nak panjat tembok pun senang.nak panjat pokok pun senang..kata org dulu dulu...kalau kita dapat isteri yang tinggi ni beruntung...entah lah,aku pun tak tau betul ke tak...sebab aku tak kawin lagi....what ever la....
berbalik pada amoi tadi...walau dia tinggi,tapi dia manis....
so sempat lagi aku berposing suka suka ngan dia...
dia pun ok orangnya....peramah...
so,layannn....

Friday, March 21, 2008

Seribu Tahun


Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke aras selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu... ini cinta
Adakah engkau pasti... ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini.. yeah..
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan... sedia setia......

Monday, March 10, 2008

Burung pun tahu erti kasih sayang...




Sesekali hati diguris kenangan lalu. PEDIH!! Namun ia mendewasakanku, sungguh tanpa ia tak mungkin aku menjadi seorang aku.

Kata orang kalau dilukai, lambat laun ia akan pulih. BENAR!!! Ia akan pulih namun akan tinggalkan parut, yang mana kesannya terlihat sepanjang hayat. Baik atau buruk kita yang tentukan, bagaimana cara tuk atasi dan melihat cara penyelesaiannya bukan mencari salah siapa.

Andai ada cinta dihati lafazkan ia jangan terlalu ego kerana mungkin anda akan kehilangan cinta itu tuk selamanya!!! Dan seandainya anda mencintai seseorang jangan lah menaruh harapan pada insan yang lain. SUNGGUH!!! ia adalah tidak adil masakan bisa anda mencintai seseorang sedangkan pada masa yang sama anda menaruh harapan pada yang lain.

Kerana burung pun tahu akan erti kasih dan sayang.....

Wednesday, March 5, 2008

Jiwang Skit...!!

Setiap orang mempunyai jalan kehidupan yang tersendiri. Jalan yang kita pilih sama ada bahagia atau derita sama ada suka atau duka. Ya, setiap orang berhak memilih jalan yang terbaik untuk mereka. Walau jalan yang kita pilih adalah berbeda namun kita tetap menuju arah yang sama. Jalan kearah kebahagian dan kejayaan. Mungkin ada yang memilih jalan yang mudah mungkin juga ada yang memilih jalan yang berliku. Walau apapun ia pilihan kita bukan kerana terpaksa atau dipaksa. Bagi diri aku.. aku telah memilih jalanan yang berliku. TIDAK! Aku tidak akan memohon simpati dan aku tidak akan merayu atau mengemis belas.. mungkin jalanan yang aku pilih ini penuh kesunyian, ya ia jalan yang penuh dengan sunyi biarpun ranjaunya penuh duri.. namun aku tidak akan berpatah balik, sungguh sunyi itu memilukan namun sunyi juga yang memberi aku kekuatan selama ini dan aku tidak akan sesekali menyesali. Walau apa pun seseorang mesti mencuba bukan?!

Ada waktu bila dalam perjalanan aku tiba dijalan buntu, yang ada dihadapan hanyalah dinding bisu, kiri kanan jalan penuh duri, pada masa itu seringkali aku menghilangkan diri bersandar ditepian jalanan, sambil berharap ada jalan yang tak terlihat sebelum ini, atau barangkali ada insan yang melintas, memberi bantuan... Sendirian terkadang memenatkan.. apatah lagi bila seringkali tujuan disalah arti... erm biarlah satu masa nanti mereka akan mengerti.. mungkin?

Ada waktu aku terleka, ada waktu aku terlupa, ada waktu aku terlalai kerana terkadang aku terlupa di ruangan yang mana satu aku berada. Terkadang aku terlupa antara nyata dan khayal dimana aku berada. Indah? Terkadang penuh kehampaan. Derita? Terkadang terselit kegembiraan. Realiti? Hampir membunuh segala harapan. Khayal? Membunuh segala keinginan. Argh terlalu jauh atau terlalu dekat.. Dimana harapan dimana impian... dimana kebenaran dimana kepalsuan!

Musim dingin telah berlalu namun hati yang membeku tetap kesejukan. Salji putih penuh kedamaian tapi ia membunuh tanpa disedari ... entah mengapa aku teringat kisah yang lalu...
kisah yang selalu menghangatkan diri aku ni...kisah yang hampir mustahil untuk aku lupakan...
argh betapa terkadang dalam kedinginan, kehangatan yang sedikit mampu memberi kebahagiaan,sebuah harapan sebuah impian...

Dah masuk bulan 3 dah....


Assalamualaikum...
Fuh!!...sudah agak lama aku tak meng update blog ni..aku tinggalkan ia sepi begitu saje..itu bukan alasan kemalasan tetapi atas kerana kesibukan aku yang teramat semenjak 2 menjak ni..bukan setakat blog jerk aku tak tengok..aku nye email inbox pun dah berlambak aku tak bukak..isk..isk..tension nyer...hmm...banyak sangat kerja,ditambah lagi dengan masalah masalah dalaman dan konflik diri sendiri membutkan aku bertambah sibuk..Tapi..ari ni aku berkesempatan menulis blog aku..kire ade waktu free la skit..tapi still gak sibuk..sibuk ngan keje yang berlambak..assignment banyak tak submit lagik.mampus aku kalau bos tahu..bahan pun aku tak sempat nak carik lagik..hahaha...hai..apa nak jadi ngan aku ni?! Tulun bagik nasihat skit...hehehe..
Oppss..dalam kesibukan aku ngan aktiviti masa depan ni..susah,susah...minggu lepas aku kena serang oleh beberapa sms yang agak tak best bila dibaca...bertubi tubi gak aku kene...tapi aku cool jer...sebab aku rasa aku bersebab dan punyai alasan yang kukuh..kalau benar apa yang dikata,buat apa nak ditakutkan...betul tak....cipot tul la...
Okay aa..aku nak kuar aaa..nak gi sarapan lak....