Monday, November 17, 2008

Selamat Ber"temuduga"

Persediaan sebelum temuduga

1. Dapatkan maklumat berkenaan syarikat tersebut antaranya seperti berikut :

1.1 Perniagaan yang dijalankan
1.2 Carta organisani syarikat
1.3 Ahli jawatankuasa pengurusan
1.4 Rangkaian cawangan dan lain-lain

2. Dapatkan maklumat perkembangan semasa contohnya rancangan kerajaan terkini, sektor ekonomi dan lain-lain yang berkaitan.

3. Mengetahui bidang/skop kerja yang dipohon dan juga boleh dikaitkan dengan kelulusan yang ada.

4. Kemaskinikan sijil-sijil di dalam fail yang sesuai dan kemas dengan menyusun mengikut kelulusan yang terkini hingga terawal.

Semasa menghadiri temuduga

1. Pakaian dan kasut : kemas dan sesuai dengan jawatan yang dipohon.
2. Sebelum masuk bilik temuduga , calon perlu yakin diri.
3. Ketika hendak masuk ke bilik temuduga; ketuk pintu dahulu dan tunggu sehinga dipanggil masuk

4. Bila dipanggil masuk berikan Salam atau ucapan Selamat Pagi
5. Kemudian tunggu hingga diberitahu duduk baru boleh duduk dan berikan senyuman.

6. Cara duduk semasa temuduga ; duduk tegak , tangan lurus ke bawah dan jgn goyang kaki atau melakukan tabiat yang tidak sepatutnya dilakukan.

7. Seterusnya semasa menjawab soalan para panel , calon perlu menjawab soalan dengan yakin dan bertentang mata .

8. Di seisi akhir temuduga, yakinkan kepada para panel temuduga bahawa yang anda betul-betul inginkan jawatan tersebut dan sebelum keluar,ucapan terima kasih.

Semoga berjaya....
"ku doakan sentiasa"

No comments: